Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Anak umur 4 tahun selalu jatuh

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 15, 2020 3:18 AM

Sulit 12 bulan

Doktor, saya ada anak berumur 4 tahun yang kerap jatuh, contohnya walau cuma berjalan dia akan jatuh apatah lagi kalau dia berlari. Seingat saya dah dua kali dia langgar dinding rumah. Perlu ke saya bawa dia ke klinik.

Dr Ramzdhan 12 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan badan ataupun lemah otot dan tulang. Hal ini boleh disebabkan oleh:

  • Masalah pada otak yang mengawal keseimbangan badan (cerebellum)
  • Masalah pada tulang atau otot (seperti Duschen muscular disease)
  • Lemah tulang akibat daripada kanser pada tulang ataupun keradangan/ jangkitan pada tulang

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kanak-kanak (Paediatrician). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini.Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 15 2020 03:18:20 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19