
Sulit
3 tahun
Anak umur 8 thn gugur rambut
Anak saya berumur 8 thn mengalami gugur rambut ada kah itu faktor shampoo atau benda lain…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Alopecia areata biasanya terkait dengan masalah kulit seperti dermatitis
- Tinea capitis iaitu akibat jangkitan kulat
- Traction alopecia akibat tarikan kuat atau ikatan
- Trichotillomania iaitu sejenis kebiasaan menarik rambut terutama apabila gelisah
- Telogen effluvium akibat ubat atau penyakit kronik
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor