
Sulit
4 tahun
Angin dalam badan dan berkumpul di leher
kelmarin badan saya tiba² angin berkumpul di leher dan saya rasa angin sampai pergi ke jantung saya rasa pedih/sakit ,leher pun rasa sakit,hari ini rasa lega sikit sbb angin ada keluar sikit² ,tapi kesan dia tu ada rasa pedih jantung dan leher

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab kepada masalah sakit dada, pedih ulu hati, sukar bernafas dan berangin. Ianya boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung (penyakit koronari arteri)
- Masalah pada paru-paru, tulang rusuk, lapisan paru-paru dan sebagainya
- Masalah gastritis, GERD
- Masalah pada organ sistem pencernaan seperti hempedu, hati dan pankres
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.