
Sulit
5 tahun
Angin perut & kembung
Saya wanita dalam 30’an . Saya memang Ada gastrik…bila dah kena susah nak elok.gastrik Saya bukan jenis sakit perut…tapi dia Rasa sebu,kerap sendawa,kembung & bila tekan perut sakit…bila kena Rasa susah nafas…Bila Tak angin…semua ok…tapi sekarang Ni kerap pula kena…Ada cara untuk Saya pulih selain minum ubat gastrik…sebab ia menyukarkan aktiviti harian,kerja…Ada Cara pemakanan @ apa yang boleh di makan @ tidak…Terima kasih Membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang anda alami mungkin lebih mirip dengan gejala indigestion yang mana pada masalah perut seperti ini pengubatan sahaja tidak cukup.
Bagi mengurangkan berat penyakit serta mengatasi rasa tidak enak, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang perlu diamalkan. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.