rasta9840
6 tahun
Angiokeratoma di skrotum
Hi doc… Saya fiz berumur 32…dan saya nak tanya berkenaan Angiokeratoma di skrotum saya yg begitu lama ada. Tiada apa2 sakit cuma mcm buruk bila tgk… Kesan dan bahayakah benda ni? Dan boleh hilang ke? Sebab dah dekat 2tahun ada…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, angiokeratoma adalah ketumbuhan benign yang tidak berbahaya dan biasanya tidak perlu dirawat. Namun, jika ia merunsingkan anda disebabkan rupanya anda boleh mendapatkan rujukan kepada pakar kulit untuk merawatnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































