
Sulit
5 tahun
Antibiotik Amoxicillin 500mg
Selamat malam. saya nak bertanya, saya demam dan sudah ke klinik. Dr bekalankan saya Antibiotik Amoxicillin 500mg. Boleh ke saya menyusu anak saya seperti biasa akan ada side effect dekat anak saya jika saya bgy menyusu semasa saya dalam kawalan ubat.terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, walaupun ubat Amoxicillin boleh disalurkan ke dalam susu ibu yang mengambil ubat tersebut, namun tiada kesan sampingan yang merbahaya kepada anak yang menyusu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.