
Sulit
3 tahun
Antiphospolipid syndrom
semasa mengandung saya ada mengambil suntikan galaxin sepnjang kehamilan…ini kerana saya pernah kematian bayi dlm kandungan sebanyak 3 kali…soalan saya ,adakah saya layak utk mengambil vaksin…sbb saya ada sejenis penyakit darah cepat beku…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Untuk makluman anda, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing dan bergantung kepada jenis vaksin. Perkara ini penting bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19 terutamanya bagi kakitangan kesihatan, bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat masa ini, belum ada data tersedia mengenai pemberian vaksin kepada wanita mengandung. Para pengkaji masih dalam proses meneliti faktor keselamatan, toleransi, dan imunogenik dalam kajian yang dijalankan terhadap wanita yang hamil. Walaupun tidak dinafikan golongan ini memerlukan vaksin disebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana data yang tidak mencukupi, pemberian vaksinCOVID-19 kepada ibu mengandung adalah tidak disyorkan buat masa ini. Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko menjadi rentan, misalnya seorang petugas barisan hadapan. Vaksinasi dapat dipertimbangkan atas kebenaran dan nasihat pakar.
Manakala mengenai penyakit yang anda hadapi, perlu rujuk doktor agar pemeriksaan dilakukan sama ada layak atau tidak untuk menerima vaksin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini