
Sulit
4 tahun
Anxiety tanda tanda gastrik, kembung perut
Anxiety menyebabkan gastrik perut kembung dan nafas jadi pendek. Apakah yang patut saya lakukan . Doktor bagi pendapat. Dah hanpir sebulan keadaan ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah- anemia
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.