epi_lve
5 tahun
Apa perlu saya buat? Saringan/self quarantine/kerja macam biasa?
6/3/2020, rakan sekerja suami adakan mesyuarat dengan pelanggan.
18/3/2020, pelanggan itu disahkan positif covid19. Suami tak berada dalam meeting. Suami close contact dengan rakan dia sahaja. Rakan suami tidak menunjukkan apa2 simptom dan diarah utk self quarantine. Kami sekeluarga ada singgah di Pertama Complex pada 11/3/2020. Saya baru tahu yang Pertama Complex adlah tempat ada sejarah positif covid19. Saya satu keluarga ada simptom demam dan batuk. 16/3/2020, suami sy tunjuk tanda demam. 17/3/2020, saya dah anak (usia anak 5 bulan) demam dan batuk. Suhu anak masatu 38.2°C. 19/3/2020, suhu badan saya 38.3°C. Klinik membekalkan kami ubat demam dan ubat batuk. 19/3/2020. Kesihatan kami beransur pulih. Semalam, 21/3/2020, suhu badan kami dah normal tapi masih batuk… Perlu ke kami pergi saringan? Atau, perlu ke kami self quarantine 14 hari? Untuk pengetahuan, saya bekerja di sektor perbankan, sektor yang dikecualikan dari ditutup.
Saya akan masuk kerja balik esok (23/3/2020).
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian kesihatan, berikut merupakan kriteria untuk melaksanakan kurantin:
Individu yang merupakan kontak rapat bagi kes yang disahkan positif COVID-19
Individu yang mengalami simptom COVID-19 serta mempunyai sejarah melawat ke negara yang berisiko tinggi (China, Jepun, Korea, Iran, Italy) pada 14 hari yang lepas
Individu yang mengalami gejala COVID-19 serta mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes yang disahkan positif COVID-19
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu seperti untuk turun bekerja. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































