Sulit
4 tahun
Apa punca saya kekuragan potassion?
Saya umur 54 tahun ada penyakit kencing manis,darah tinggi dan lemah jantung.saya nak tahu apa itu potassion
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf encik, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas. Mungkin yang anda maksudkan adalah potassium,
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Potassium merupakan sejenis mineral yang dapat diperolehi dari pemakanan. Ia adalah salah satu zat yang diperlukan bagi proses penghantaran impuls elektrik ke seluruh tubuh. Kadar potasium yang terlalu rendah dan terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan dan pada beberapa kondisi yang serius boleh mengakibatkan kematian.
Gejala kekurangan garam potassium adalah,
- Penat atau lesu yang terlampau
- Kekejangan atau kelemahan otot
- Gangguan atau kelemahan denyutan jantung
- Mual & muntah
Umumnya tubuh manusia tidak mampu menghasilkan potasium secara semula jadi. Justeru kita memerlukan sumber pengambilan makanan yang kaya dengan potasium demi menjamin hidup yang lebih sihat.
Untuk mengawal kadar potassium dalam tubuh pula, buah pinggang akan membantu menyerap atau menyingkirkan potassium keluar tubuh melalui proses urinasi. Maka, bagi individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, pesakit dialisis atau gangguan proses urinasi, mereka perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan yang tinggi kadar potassium.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





























