
Sulit
5 tahun
Apakah conversion disorder
hai… boleh dr terang conversion diorder… adakah setiap simptom yg dialami mereka seperti lumpuh adalah sengaja diwujudkan mereka atau terwujud secara tidak sedar di minda bawah sedar…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
‘Conversion disorder’ adalah masalah yang melibatkan gejala-gejala seakan mengalami masalah saraf. Namun, gejala-gejala tersebut sebenarnya disebabkan oleh masalah psikiatri. Masalah mental seperti masalah lain bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi ia adalah masalah kesihatan yang memerlukan rawatan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.