
Sulit
4 tahun
Apakah faedah supplement VITALITA Calcium Plus Vitamin D
Kawan saya mempunyai masalah kaki yang kadang kadang kekejangan Dan tidak bertenaga dan baru membeli supplement Vitalita kalsium plus vitamin D .Adakah ianya sesuai untuk dimakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makuman anda, terdapat beberapa kebaikan kalsium dan vitamin seperti yang terkandung pada makanan tambahan yang anda sebutkan di atas, iaitu:
- Menguatkan pembinaan dan ketahanan tulang
- Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi
- Menguatkan sistem imun
- Menguatkan sistem pengsarafan dan otak (CNS)
- Membantu mengawal masalah kencing manis
- Mengurangkan risiko sesetengah kanser seperti kanser usus
- Membantu mendapatkan kehamilan yang sihat
- Menguatkan sistem otot dan jantung
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa makanan tambahan vitamin D dan kalsium boleh membantu masalah kekejangan yang anda tengah hadapi. Walaubagaimanapun, kami tidak pasti bahawa punca kekejangan anda adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi tersebut dan kami lebih sarankan anda untuk mengenalpasti lebih lanjut masalah kekejangan tersebut bagi memperolehi rawatan yang sewajarnya. Sila jadikan makanan tambahan ini hanya sekadar penambahan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan anda dan bukan rawatan semata-mata.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.