Sulit

2 tahun

Kurang Nutrisi Dalam Badan

Assalamualaikum Doktor saya Hayazi berumur 37thn… persoalan saya boleh ke Sya mengambil vitamin B12& B6 untuk makanan tambahan, saya juga kolesterol tinggi dan Asus urik dlm badan juga tggi tp Sya tidak ada masalah gout…

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda ingin mengambil vitamin tambahan dan akan cuba membantu.

Sesetengah kumpulan seperti orang-orang berusia, wanita hamil lebih terdedah kepada risiko mengalami kekurangan vitamin B. Mereka memerlukan jumlah vitamin B yang lebih banyak berbanding dengan orang lain.

Sesetengah keadaan lain juga seperti penyakit Crohn’s, penyakit Celiac iaitu penyakit keradangan dan inflamasi kepada saluran usus, pesakit HIV dan juga pengambilan alkohol berlebihan boleh menjadi halangan kepada badan daripada menyerap vitamin B dengan efisien, menyebabkan kekurangan vitamin B.

Vitamin B12 juga dikenali sebagai cobalamin membantu mengawal sistem saraf. Ia juga mempunyai tugasan penting dalam tumbesaran dan penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan gangguan dalam sistem saraf dan sistem peredaran darah

Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine, yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu badan melawan jangkitan dengan membantu sistem imun.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat membekalkan kandungan vitamin B yang diperlukan oleh badan. Pastikan makanan anda merangkumi:

  • Daging
  • Bijirin
  • Buahan
  • Sayuran

Suplemen hanya diperlukan sekiranya anda mengalami masalah yang menghalang penyerapan vitamin B ataupun masalah kesihatan lain yang memerlukan pengambilan suplemen.

Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah kesihatan anda dan vitamin tambahan yang diperlukan.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)