
Sulit
3 tahun
Apakah keputusan RTK Antibodi dipengaruhi setelah kita mendapatkan booster shot
Saya ingin balik ke china dan diminta untuk menjalani ujian RTK Antibodi tetapi pada masa terdekat saya ingin mendapatkan booster shot vaksin. Apakah terdapat kesan ke atas keputusan ujian RTK saya nanti?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kesan vaksinasi booster kepada unjian RTK. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, Rapid Test Kit Antibodi TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19. Ia digunakan untuk mengesan antibodi dalam badan 7-14 hari selepas terdedah kepada virus. Ia mungkin boleh dipengaruhi oleh vaksinasi yang akan diambil.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini