
Sulit
4 tahun
Apakah penyebab utama period tidak teratur?
saya wanita berumur 23 tahun dan mengalami period yang tidak teratur. last period saya pada 29.12.2020 - 01.01.2021. hari ini baru period datang tetapi darah keluar hanyalah sekali dan tidak keluar lagi. sebelum ini memang period saya tidak teratur. apakah yang perlu sy lakukan, doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sukar untuk kami katakan sama ada anda mengandung ataupun masalah haid anda berpunca daripada masalah yang disebutkan di atas ataupun sebab lain. Pemeriksaan lanjut haruslah dilakukan. Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan mengapa seseorang mengalami masalah haid tidak teratur dan kadangkala ia bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja.
Untuk maklumat anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga 4 hari. Untuk mengetahui sama ada ia normal ataupun tidak, kami sarankan anda merekodkan kitaran anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar. Ini akan memudahkan rujukan anda dan doktor pada masa hadapan. Anda juga digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.