
Sulit
4 tahun
Apakah yg perlu sy buat untk penyakit tonsil sy
Sy ad maslh tonsil dimana bila sy lebih minum ais akan bengkak pd pipi seblang Kanan…skrg umur sy 30 dri sy umur 9thun…ble sy pergi hosp doc akan ckp tonsil ok sedangkan tonsil sy kedua2 hampir menghampiri ank tekak dan kadang apabila tidur sy rasa tercekik…apakah yg perlu sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami pada masa ini. Kami memerlukan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui keadaan anda. Berdasarkan keadaan yang anda berikan di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah berikut:
- Radang tonsil (Tonsilitis)
- Nanah tonsil (Tonsillar abscess)
- Batu di dalam tonsil (Tonsiloliths)
- Ketumbuhan di kelenjar air liur
- Jangkitan pada bahagian gusi
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar. Cara lain adalah berjumpa dengan doktor pakar untuk siasatan lanjut.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Nafas berbau (disebabkan oleh nanah)
- Sakit sehingga mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Sesak nafas disebabkan oleh tonsil bengkak
- Demam
- Sakit tekak
- Terdapat perubahan pada suara
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Jika anda masih ragu-ragu dengan keadaan anda, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor yang lain untuk pandangan kedua kerana anda mengatakan keadaan tonsil anda mengganggu anda ketika sedang tidur.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.