
nanienawfal7
5 tahun
Apendiks atau keracunan makanan?
Salam sejahtera doktor… Sy wanita berumur 30 tahun… Semalam saya mengalami cirit birit dan muntah yg teruk… Perut sy berasa panas seperti terbakar… ianya berlaku selepas sy memakan aglio olio yg mempunyai banyak cili flake… Hari ini tiada lagi muntah dan cirit birit… Tetapi sy masih tiada selera makan… Perut saya masih terasa panas… Di bahagian kanan berdekatan dengan pusat… Adakah sy mengalami gejala2 apendiks atau hanya keracunan makanan? Perlukah sy mendapatkan rawatan dihospital kerana tiada lg cirit birit, cuma berasa panas dibahagian perut dan tidak selesa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda segera ke doktor sekiranya terdapat gejala-gejala tambahan seperti:
- mual, muntah
- demam
- sakit dinding perut sebaik disentuh
- lemah
- susah makan minum
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.