Sulit
6 tahun
Autism tidak dapat fokus
Saya ialah autism saya selalu tidak dapat fokus di sekolah semasa belajar
Bolehkah masuk ke normal kelas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda menyataka bahawa anda mengalami masalah autism dan tidak dapat fokus ketika belajar. Adakah anda telah didiagnose secara formal berkenaan masalah ini? Sekiranya belum, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan ujian sepenuhnya.
Biasanya, bagi mereka yang mengalami masalah autism, adalah agak sukar untuk mereka belajar bersama pelajar lain kerana personaliti mereka yang unik dan mereka biasanya memerlukan persekitaran berlainan. Untuk makluamn anda, autism juga terbahagi kepada pelbagai tahap dan terdapat sesetengah manusia autism yang boleh menyesuaikan diri dan belajar dengan pelajar biasa.
Bagi mendapatkan penyelesaian lanjut tentang perkara ini, anda disarankan untuk merujuk keadaan anda kepada pakar kanak-kanak atau pakar psikiatri agar mereka dapat membuat keputusan dan menyarankan kaedah pengajian yang sesuai untuk anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































