Sulit
3 tahun
Bab berdarah selepas membuang
Sy wanita dlm 20 an… saya sembelit bbrp hari yg lalu dan mengalami pndrahan slps mmbuang. Sy ada rasa nk mmbuang tp tkde apa2 yg kluar. Sy rasa sprti ada sesuatu yg brdenyut di dm dubur, sy tak pasti itu tinja atau bkn… adakah itu normal? Adakah sy buasir?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah berak berdarah pula, boleh disebabkan:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.