
Sulit
3 tahun
Baby 1bulan tak berak
Salam saya nk tanya baby saya umur 1bulan 3minggu dia xberak selama 9hari,dia menyusu badan dan formula,formula tu saya bagi dalam 1hari 2botol 2 atau 3oz sehari dan selebihnya susu badan…baby sy semua aktif kentut busuk,kentut dia byak kali boleh dikatakan baby saya normal je semua cuma xberak saja…adakah berbahaya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang tidak membuang air besar selama 9 hari. Jangan bimbang kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan membuang najis bagi setiap bayi atau individu adalah berbeza dan ini bergantung dengan beberapa faktor seperti:
- Umur
- Pemakanan
- Pergerakan usus
Secara purata, bayi akan membuang najis 1 hingga 2 kali sehari dan juga boleh membuang najis selang 2 atau 3 hari sekali . Mengenai masalah yang dialami oleh anak anda, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat .
Berikut merupakan antara punca lazim mengapa anak anda tidak membuang najis:
- Dehidrasi
- Jangkitan usus
- Pergerakan usus yang perlahan
Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.