Sulit
4 tahun
Bacaan BP naik bila panik attack
saya lelaki umur 32tahun…saya ada gastrik dan gerd…bila panik attack datang bacaan BP saya akan tinggi seperti 141/87 atau 144/88…tapi bila panik da hilang bacaan BP akan normal seperti 118/77 atau 123/80…soalannya adakah bacaan BP akan naik bila panik atau anxiety datang?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,kenaikan tekanan darah adalah sebahagian daripada simptom yang dialami oleh seseorang jikalau mempunyai keresahan yang melampau atau serangan panik.
Ini adalah proses biasa dalam kondisi sebegini.
Simptom lain seperti jantung berdebar-debar,peluh secara banyak,tangan menggigil merupakan simptom lain yang mungkin dialami.
Anda disarankan untuk bercakap dengan pakar psikiatri untuk membantu anda dengan kondisi ini.
Pakar psikiatri dapat memberikan nasihat serta memberikan anda rawatan yang sewajarnya.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri





































