Anonymous
6 tahun
Bacaan gula semakin meningkat semasa bulan puasa
Ibu saya merupakan seorang penghidap diabetis. Beliau bergantung sepenuhnya dengan ubat yang dibekalkan setiap bulan. Pada bulan ramadhan, ibu saya akan selalu membuat pantauan tahap glukosa beliau setiap hari. Pada waktu tengahari tahap gula berada pada tahap normal. Akan tetapi, sekitar pukul 5 petang, kadar gula beliau meningkat sehingga bacaan 12 dan menyebabkan beliau terasa letih.
Saya ingin bertanya, adakah ini dikategorikan sebagai hiperglisemia dan apakah saranan yang doktor boleh berikan untuk masalah ini.
Sekian, terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat lebih banyak maklumat yang kami perlukan sebelum membuat kesimpulan tentang punca tahap gula ibu anda yang meningkat. Antaranya adakah beliau berpuasa? Jika ya adakah ibu anda meninggalkan mana mana dos ubat kerana berpuasa? Bagi sesetengah pesakit, hal ini boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah.
Sila rujuk kepada doktor tentang tahap gula ibu anda serta cara pengambilan ubat kencing manis yg sepatutnya pada bulan puasa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























