Sulit
2 tahun
Badan bahagian belakang sebelah kanan terasa kesemutan
Saya umur 21 tahun. Saya nak tanya kenapa ye boleh kebas di bahagian belakang belah kanan. Apa puncanya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah saraf
- Kencing manis ( diabetic neuropathy )
- Masalah sendi ataupun tulang belakang
- Slipped disc atau prolapsed intervertebral disc
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!