
Sulit
3 tahun
Badan bayi ada bintik2
Nayi usia 11bulan…4 hari lepas sy perasan ada naik biji2 dan ada biji yg mcm dh melepuh n pecah…ade sedikit demam n lepas 2 ari dh tak demam cuma hidung berhingis…n sampai ariji biji2 tu masih ada pertambahan tetapi slow…sy syak chicken pox…soalan sy andai betul chicken pox bahaya tak kalau sy xbawa jumpa doktor…sy risau sgt nk ke klinik dlm musom wabak ni.terima kasih doktoe

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
- Jangkitan kulit: bakteria & kulat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
Kami perlu untuk membuat pemeriksaan dan mengetahui ciri-ciri bintik yang terdapat pada anak sebelum memberikan diagnosis yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.