Sulit
2 tahun
Biji gatal dan berair di jari
Saya ada masalah biji gatal dan berair di jari…agak besar sprti bengkak hasil gigitan nyamuk tpi bukan di celah2 jari tpi di bhgian jri pd blkng tgn…sy cuba google contoh2 gmbar yg ada spt jari sy tpi tidak jumpa…mohon bantuan mcm mna nk hilangkan bengkak dan gatal ini…trima ksih
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kegatalan dan biji-biji pada seperti gigitan nyamuk pada bahagian belakang jari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kami tidak dapat memberikan anda nasihat yang tepat mengenai masalah anda tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan. Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Dermatitis kontak
- Alahan
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulit
- Ketuat
- Ruam yang disebabkan oleh virus seperti chickenpox
Kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat untuk masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!