Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Badan berpeluh dan belakang leher sakit

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mac 11, 2020 3:22 AM

Sulit 25 hari

Hye doctor,maaf nak tanyaa boleh tak saya nak tahu sebab apa badan berpeluh secara tiba tiba sedangkan tidak buat apa apa² aktiviti sukan?Bila panas je air peluh mengalir je.

di belakang leher jugak terasa sakit … sebab beberapa hari lepas ada pergi konvoi dengan geng moto perjalanan hampir 1 hari dan dalam beg barang tak banyak pon.
Boleh saya tahu puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 25 hari
General Practitioner

Hye. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan penerangan diatas, saya dapati anda berpeluh ketika cuaca panas walaupun tidak melakukan apa-apa aktivit. Sebenarnya ini adalah proses fisiologi badan anda dalam usaha ia untuk mengekalkan suhu badan yang optimum. Menurut saya, ini tiada kaitan dengan apa-apa penyakit.

Untuk masalah sakit belakan leher anda, iai boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Postur yang tidak baik,

  • Masalah otot,

  • Kekurangan stabiliti otot tengkuk,

  • Kecederaan whiplash

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Berikut merupakan antara rawatan yang anda boleh cuba bagi mengurangkan sakit leher anda.

  • Ice pack- untuk sakit leher yang akut (acute)

    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.
  • Hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang

    • Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

Sekiranya masalah berlarutan dan semakin parah anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan

Dikemaskini pada: Wed Mar 11 2020 03:22:04 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Hiper tiroid dalam darah Saya nak tanya bulan 9 tahun lepas saya sudah berhenti makan ubat tiroid. Saya appoinment dengan dr saya di upsi. kemudian pada minggu ini saya menyentuh bahagian tengkuk dan ada rasa sakit di b… Baca lagi...
5 jam
Sulit
6 jam
Sulit
Scaling gigi semasa hamil saya wanita berusia 25 tahun. saya nak tanya boleh ke wanita hamil dapatkan perkhidmatan scaling gigi? ada apa2 kesan ke? terima kasih… Baca lagi...
2 jam
Sulit
Kepala rasa panas dan sakit kepala Assalamualaikum dan salam sejahtera Doktor, Saya berumur 44 tahun. Sejak 3-4 minggu ni kepala saya selalu rasa panas dan menyebabkan saya suka sakit kepala. Bila saya check BP semua normal. Ke… Baca lagi...
7 jam
Sulit
Gastrik, perut terasa kembung. aras p saya berumur 26 tahun. sebelum ni saya mmg ada masalah gastrik tapi tak pernah sampai seminggu. paling lama 2hari. tapi ni saya gastrik dahseminggu terasa perut tak selesa selesa. rasa nak buang… Baca lagi...
6 jam
NEW! COVID-19 TESTING SERVICES >
Tanya Doktor Percuma Kunjungi ePharmacy