
Sulit
4 tahun
Badan dan Kepala Berdenyut
saya berumur 24, seminggu yang lepas saya ada mengalami panas dada dan doktor sahkan saya pedih ulu hati. dalam masa yang sama semasa fasa fasa separa tidur saya akan rasa kawasan belakang saya akan berdenyut dari badan hingga ke kepala… setelah seminggu rasa pedih ulu hati telah hilang namun rasa berdenyut masih lagi ada terutamnya semasa baring. semasaa berjumpa doktor saya adah membuat scanning perut, xtray dada dan ambik darah guna pakej guru di hospital swasta… namun masalah badan dan kepala berdenyut masih lagi berlaku sehingga sekarang. apa pandangan doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Punca kepala berdenyut:
- Migrain
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Ketumbuhan
Punca dada berdenyut:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.