Sulit
4 tahun
Badan Lemah & sakit²
Assalammualaikum maaf menganggu. Saya berusia 24 tahun. Sejak kebelakangan ini badan saya lemahh jee. Malam² akan rasa nak demam badan sakit². Siang okay pulak cumanya badan saya lemah sangat rasa tak bermayaa. Apa perlu saya lakukan ye doc? Saya takut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Kencing tikus
- Malaria
- Keradangan
Kebiasaannya demam boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, demam denggi ialah demam yang melebihi tempoh 3 hari, mual/loya, muntah, sakit perut, sakit sendi, ada ruam, letih. Jika kawasan perumahan anda mempunyai kadar jangkitan denggi yang tinggi atau ada kes denggi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























