
adamalphard0
3 tahun
Badan mempunyai dua tona warna gelap dan cerah
Saya seorang lelaki dewasa berumur 24 tahun. Badan saya mempunyai dua tona warna iaitu gelap dan cerah. Ia nya hanya terjadi di kawasan badan sahaja. Adakah ianya sejenis penyakit dan apakah cara mengubati nya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala dua warna kulit yang berbeza pada badan anda, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kulat
- Pityriasis alba
- Kurap
- Ekzema
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan lebih lanjut seperti:
- Vitiligo
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.