Sulit
2 tahun
Badan menggigil tiba-tiba, disebabkan apa ye
Saya berumur 24thun semasa saya solat zohor tiba2 badan saya bergetar. Punca kenapa ye ? Rasa takut pulak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Cuaca atau keadaan yang sejuk
- Demam
- Masalah kelenjar tiroid
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar anda berdasarkan soalan yang diberi sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.