Sulit
6 tahun
Badan menjadi lemah pada kawasan sejuk
saya perempuan berumur 16 tahun.apabila saya berada di tempat yang sejuk seperti bilik yang ada penghawa dingin,pada waktu pagi ,sebelum tidur dan selepas bangun tidur.badan rasa sangat lemah,sakit dada(kadang2 bahagian tengah,kiri dan kanan),susah nak bernafas, pening dan ada kalanya bibir menjadi pucat.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, semasa seseorang berada dalam keadaan sejuk, saluran darah akan mengecut supaya boleh menyimpan haba dalam badan. Hal ini akan menyebabkan darah mengalir dengan lebih lambat dan kurang darah ke organ yang penting seperti otak dan menjadi pening. Saluran pernafasan juga akan mengecut dan menyebabkan sesak nafas. Tambahan pula, penghawa dingin menghasilkan udara sejuk yang kering, jika seseorang ini tidak minum air yang banyak, bibir dan kulit badan akan menjadi pucat dan kering.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































