Sulit
3 tahun
Badan rasa panas tapi x demam
Sya lelaki umur 22, sya nak tanya… Knapa badan saya rasa panas hingga tapak tangan, tapi suhu dkt dahi sya check normal 36… Ada yang kata sebab stress… Mohon penerangan/
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan leptospirosis
- Jangkitan tifoid
- Tuberkulosis
- Tonsilitis
- Allergic rhinitis
- Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
- Jangkitan di telinga (otitis media)
Untuk maklumat anda juga, ada kemungkinan anda sebenarnya demam tetapi alatan bacaan suhu itu sebenarnya rosak dan memberikan bacaan yang tidak tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.