
Anonymous
5 tahun
Badan rasa sejuk(chill) tetapi tidak demam
Saya seorang lelaki berusia 36 tahun. Sejak 2-3 minggu ini badan saya sentiasa letih tidak bermaya serta rasa mengantuk, tapak tangan dan kaki berpeluh serta sejuk, badan saya rasa seperti demam sejuk tetapi suhu saya normal. Saya sering terjaga diwaktu pagi dalam keadaan menggigil seperti demam dan terpaksa menggunakan selimut yang tebal. Saya juga jadi cepat marah. Apakah penyakit saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya masalah hormon seperti tiroid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.