
nornezam
5 tahun
Badan sejuk menggigil
sejak sy bersalin anak ke 3…saya selalu terjaga malam dan tiba2 rasa sejuk…lepas tu terus badan saya jadi menggigil… situasi ini pernah berlaku masa sy dlm pantang ketiga2 anak saya… tp sejak lahir anak yg ke 3…sy selalu jd menggigil tengah malam…sedangkan masa tu cuaca panas…tp badan saya sejuk menggigil…skrg anak sy dah 8 bulan. kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat(contohnya: tempoh masa mengalami masa)
Secara umumnya,demam boleh menyebabkan badan menggigil, walaupun hanya satu atau dua darjah suhu badan ditingkatkan ia boleh menghentikan keupayaan virus untuk berkembang. Apabila otak meningkatkan titik set suhu badan, badan berusaha untuk memenuhi suhu yang lebih tinggi. Anda berasa sejuk kerana secara teknikal, anda lebih sejuk daripada titik set badan anda yang baru.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.