Sulit
3 tahun
Badan sentiasa kepanasan
Saya sentiasa mengalami panas badan. Tetapi semenjak kebelakangan ini, badan saya sentiasa kepanasan. Bahkan kepala saya juga sentiasa kepanasan seperti strok haba. Sangat terseksa. Keadaan ini saya rasakan lebih terasa panas pada bahagian hati dan terus meluap ke serata badan. Saya tidak tahu apa yang terjadi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda mengalami gejala panas badan. Kami akan cuba membantu anda dengan menyenaraikan beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah anda.
Antaranya :
- Cuaca panas
- Pengambilan makanan yang pedas atau minuman berkafein
- Demam
- Masalah keresahan (anxiety)
- Masalah tiroid (Hyperthyroidism)
- Dehydrasi
- Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
Saranan kami untuk anda adalah untuk merujuk masalah ini kepada doktor perubatan untuk mendapatkan punca yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda boleh berhubung dengan doktor atas talian kami supaya kami dapat membantu anda secara lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























