Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bagaimana merawat ayah saya yang kena strok

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: Februari 12, 2019 3:36 AM

matdan 17 bulan

Salam, hai doktor. Bapa saya telah diserang strok dan lumpuh ketika ini. Boleh saya tahu bagaimana hendak merawat ayah saya? Adakah saya juga berisiko diserang strok?

Dr Ilias 17 bulan
General Practitioner

Jika seseorang itu didapati mengalami tanda-tanda strok, maka orang tersebut harus dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan bagi strok adalah bergantung kepada jenis strok dan kondisi pesakit.

Selepas rawatan kecemasan telah diberi rawatan susulan yang akan diberikan adalah seperti:

  • setiap pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi dan pakar pemulihan cara kerja untuk membina fungsi badan sebanyak yang mungkin.
  • Rujukan kepada pegawai pemulihan pertuturan juga akan diberi jika ayah anda mengalami kesukaran untuk menelan atau bertutur.
  • Pegawai dietetik akan memberi cadangan diet sihat yang berfungsi untuk menguatkan badan ayah anda and mencegah malnutrisi. Ubat-ubatan juga akan diberi untuk membantu mencegah komplikasi strok.
Dikemaskini pada: Tue Feb 12 2019 03:36:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
DOC Patient Care 17 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu yang boleh menyebabkan bahagian otak mula mati. Otak merupakan pusat saraf tubuh, mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan dan ia memerlukan bekalan darah berterusan untuk membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.

Sekiranya saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrient menyebabkan anda mengalami strok. Kerosakan otak boleh menjejaskan:

  • Deria-deria
  • Pertuturan
  • Pemahaman bahasa

Bagi pesakit yang lumpuh, anda boleh mulakan rehabilitasi dengan melakukan senaman ringan seperti:

  • Senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi
  • Senaman untuk anggota tangan
  • Pergerakkan rotasi sendi bahu
  • Membengkok dan meluruskan lutut
  • Membengkok sendi pergelangan tangan

Senaman ini boleh membantu pesakit stroke untuk sembuh. Serangan stroke bukan masalah genetik tetapi ia adalah berdasarkan gaya hidup anda. Amalkan gaya hidup yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat.

Dikemaskini pada: Tue Feb 12 2019 05:29:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
jenny
Apa tanda - tanda strok sebenarnya? Doktor, saya risau sebab tangan saya lemah semacam je di sebelah kanan ni. Adakah ini strok? Kalau bukan, apa tanda - tanda strok sebenarnya? Saya risau sebab makcik pakcik saya ramai yang mati sebab … Baca lagi...
16 bulan
tuanzam1001
Bekas pesakit mini stroke-pening selain drp ubat yg dibekalkan doktor spt rosuvastatin, adakah pilihan lain yg leboh sesuai spt makanan tambahan yg boleh digantikan dgn ubat statin tersebut.ubat statin dikatakan ada side effect spt k… Baca lagi...
14 bulan
Sulit
Tanda tanda awal stoke Isteri saya mulut nampak jatuh.adakah tanda2 stoke?ape perlu saya buat Baca lagi...
5 bulan
fitrirazak98
Penawar stroke …… Menghidap stroke bahagian tubuh belah kiri apa patut dilakukan selepas itu . Stroke ini makan masa berapa lama untuk pulih? Baca lagi...
8 bulan
morjhan
Kepala masih pening selepas rawatan mini strok Hi Doktor… Adakah normal “kepala pening” walaupun telah mendapatan rawatan strok? Saya risau keadaan ini akan terus memudaratkan ayah saya. Apakah langkah yang harus diambil bagi mempercepatkan rawat… Baca lagi...
12 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi