Sulit
3 tahun
Bagaimana untuk merawat pustule tanpa memecahkannya kerana jerawat yg naik setiap hari memang jenis pustule
Saya perempuan berumur 23 tahun, saya mengalami jerawat yg teruk sudah hampir dua tahun, setiap hari jerawat yang naik ialah jenis pustule, saya tahu tak digalakkan untuk pecahkan jerawat, jdi bagaimana nak rawat pustule sebab kalau pecah sndiri akan lebih susah dibersihkan dan kawasan keliling pustule akan dijangkiti, ada tak apa2 produk yg sesuai digunakan untuk matikan pustule tanpa dipecahkan? Atau ada alternatif lain?
Saya juga sedang menggunakan Deriva adapalene pada setiap malam dan telah sebulan menggunakannya, selepas pakai adapalene, saya akan sapu moiturizer Ceradan Hydra, tapi setiap kali semasa cuci muka guna Cetaphil, kulit saya jadi pedih2 sejak guna adapalane, tapi kalau saya keluar pada waktu siang terik, kulit saya x de apa2 irritation, cuma masa cuci muka shj jadi pedih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- dan lain-lain
Untuk pengetahuan anda, kaedah memecahkan jerawat sememangnya tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan parut mahupun jangkitan yang lebih luas. Namun ubat antibiotik untuk jerawat pula lazimnya memerlukan preskripsi dari doktor, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor yang lebih pakar.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.