
Sulit
5 tahun
Bahagian ari ari dan pinggang sakit ketika hamil 4minggu
Hai doktor, saya ingin bertanya … Apa kah punca seseorang hamil 4minggu 6hari kerap sakit pinggang & bahagian ari ari sehinggakan sukar tidur

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembesaran rahim (Normal)
- Masalah usus
- Radang pundi kencing
- Batu karang
- Keguguran (sekiranya terdapat lendiran darah)
- Kandungan luar rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.