Sulit
3 tahun
Bahagian kanan atas leher bila ditekan sakit.. seperti di
hi saya amyra aishah dan umur saya 15 thun… saya bru saja hrini mengalami seperti sakit bahagian kanan tekak di sebelah atas… bila saya tekan dri luar belah kanan leher saya bahagian atas… berasa sakit sngt… kerana sebelum ni saya pernah mengalami tonsil tetapi 3tahun yg lalu… bole saya thu kenapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil
- Radang tiroid (thyroiditis)
- Radang tekak
- Jangkitan telinga
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda perlu diketahui untuk supaya keputusan dapat dibuat. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.