
Sulit
4 tahun
Bahagian kanan perut saya terasa sakit
Saya pelajar berumur 18 tahun pagi tadi secara tiba tiba saya rasa sakit sangat di bahagian perut kemudian sakit itu berkurang tetapi bahagian kanan perut saya masih terasa sakit cuma tidak seteruk pada pagi tadi adakah sakit perut yang saya alami menunjukkan apendik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bahagian perut pada sebelah kanan terdiri daripada beberapa organ seperti :
- Hati
- Hempedu
- Sebahagian daripada pankreas
- Duodenum dan sebahagian usus besar dan kecil anda
- Buah pinggang kanan (di belakang belakang organ lain)
Kesakitan juga boleh berpunca daripada kulit dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut. Antara punca-punca yang menyebabkan sakit perut pada sebelah kanan adalah:
- masalah usus
- sakit haid
- serangan apendisitis
- hernia
- batu karang & jangkitan buah pinggang
- masalah pada hempedu, hati
- sista ovari
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera di klinik berdekatan jika anda mengalami gejala lain seperti demam, loya, cirit-birit, sembelit, muntah dan sakit perut yang semakin bertambah.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih