
Sulit
5 tahun
Bahagian tengah dan depan Lidah hilang rasa apabila makan
Saya gadis 19 tahun, saya mula sedar bahagian depan dan tengah lidah saya tak dapat rasa apa2 makanan apabila makanan. Rasa ini buatkan saya sangat tak selesa apabila makan. Saya sedar hal ini betlaku mungkin hampir sebulan. Boleh doktor terangkan sebab dan tindakan yang perlu saya ambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi tanpa maklumat yang lengkap. Antara penyebab hilang rasa pada lidah adalah kecederaan pada struktur tunas rasa lidah seperti kecederaan selepas makan makanan telalu panas atau kerosakan saraf.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.