
Sulit
4 tahun
Bahan skincare bolehkah dicampur dengan bahan yang lain
Hai doktor…saya ingin bertanya…Toner Aha / Bha boleh and ordianary niacinamide boleh pakai sekali ke dalam satu masa…saya juga pakai cleanser hada labo Aha /Bha…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Umumnya anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bagi kesihatan kulit anda, hal ini adalah kerana setiap individu mempunyai afiniti atau kepadanan kepada rawatan yang berbeza sesuai kulit masing-masing, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Produk-produk tersebut boleh didapatkan dimana-mana klinik perubatan atau sesetengah farmasi.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.