
msyariza
2 tahun
Bantuan untuk mengetahui result
Saya wanita berumur 28 tahun…3 kali keguguran.dah sekarang dalam rawatan untuk ivf…dr mengesyorkan selepas 21 hari period.saya kena ambil darah. Dan bacaan mengatakan saya hamil.sedangkan waktu kalender period saya 3 hari lagi.mohon bantuan
Follicular 0.5-5.0 nmo1/L
Luteal 10.0-75 nmo1/L
Pregnancy 40.0-220 nmo1/L
Progesterone 43.5 nmo1/L
Endocrinologu speciment serum

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku pada mana-mana fasa dalam kitaran haid dan biasanya adalah lebih tinggi ketika tempoh ovulasi. Oleh itu anda boleh hamil walaupun ketika tarikh period anda sedang hampir. Biasanya apabila kehamilan berlaku haid anda tidak akan datang.
Untuk mengetahui tentang masalah yang anda hadapi lebih lanjut dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih