Anonymous
6 tahun
Batu hempedu or penyakit lain?
Sy lelaki umur 38 tahun dan memang overweight tinggi 169cm berat 103kg. Lately selalu sakit di bawah rusuk kiri dan kanan hingga ke belakang. Adakah sy sakit batu hempedu or lain2?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bawah rusuk yang menjalar seperti ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan hempedu akibat batu hempedu
- Fatty liver disease akibat pengumpulan lemak di hati
- Batu buah pinggang
- Keradangan buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































