
Anonymous
4 tahun
Batu karang DLM buah pinggang
Sy Ade batu karang di Buah pinggang sebelah kiri.lbh krg 5mm.sejak 2menjak Perot sebelah kiri sakit(tepi Perot).Ade mse kencing warna jernih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit pada bahagian kiri pinggang anda boleh disebabkan oleh batu karang tersebut. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan buang pinggang.
Sakit tersebut juga boleh berpunca daripada perut, usus, otot dan saraf sekitar perut anda.
Biasanya kencing berwarna jernih adalah tanda yang baik. Sekiranya anda menghadapi masalah kencing berdarah atau sakit ketika kencing dan masalah sakit pada pinggang atau perut anda semakin teruk, atau tidak berkurangan, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut. Terima kasih.