
Sulit
4 tahun
Batu tongsil (istilah ni sy dapati berdasarkan carian di internet dan video-video di youtube)
saya ada batu tongsil yang kadang-kadang keluar sebab sy ada rasa sesuatu tersekat pada tekak, dan saya cuba sedaya upaya batuk dengan kuat untuk keluarkan nya.saya menyedari kewujudan batu tongsil ni dalam 2 bulan yang lepas(setelas saya tahu istilah “batu tongsil”). macam mana nak hindarkan nya. dah lama saya rasakan bila saya menelan air liur, akan naik satu bau yang yang sangat busuk sama seperti bau batu tongsil(bau ni mmg dah lama) saya pernah tanya orang sekeliling nafas sy/ mulut saya berbau ke bila bercakap. semua mengatakan tidak tapi saya sendiri dapat rasa bau nye sangat busuk(bila telan air liur) macam mana nak hindarkan batu tongsil ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang batu tonsil.
Untuk maklumana anda, batu tonsil boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penjagaan kesihatan oral yang kurang
- Tonsil yang membesar
- Masalah sinus yang kronik
- Keradangan tonsil
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan batu tonsil daripada terus berlaku, anda perlu mengetahui puncanya terlebih dahulu. Terdapat beberapa cara secara amnya untuk mengelakkan ia berlaku:
- Jaga kesihatan oral dengan baik, gunakan mouthwash disamping gosok gigi dengan betul
- Berhenti merokok sekiranya anda perokok
- Minum air dengan cukup
- Berkumur dengan air garam
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiraya masalah tonsil ini terus berulang bagi mnegetahui penyebab dan rawatan sebenar untuk anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.