Sulit
4 tahun
Batuk akibat covid yg kerap
Adakah batuk batuk pada waktu malam sehingga menyukarkan percakapan itu adalah normal bagi pesakit covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah batuk. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasrkan WHO, gejala-gejala yang boleh dialami oleh pesakit Covid 19 adalah seperti berikut:
Gejala yang sering:
- Demam
- Batuk
- Keletihan
Gejala yang kurang sering:
- Sakit tekak
- Cirit-birit
- Conjungtivitis
- Sakit kepala
- Hilang deria rasa dan bau
- Ruam pada kulit, kuku jari tangan dan kaki menjadi pucat
Gejala yang serius:
- Sesak nafas dan kesukaran bernafas
- Sakit dada atau rasa dada seperti tertekan
- Hilang kemampuan untuk bercakap atau bergerak
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































