Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Batuk berkahak bayi 6 bulan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 14, 2019 2:06 AM

nabnabilah91 9 bulan

Anak saya, 6 bulan, diberi ubat Beatolin Elixir oleh doktor setelah sy membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan selepas dia batuk tanpa henti selama 2 hari. Tetapi, dari batuk biasa (tanpa bunyi kahak) selepas diberikan ubat tersebut, saya dapati batuk anak saya semakin teruk disertai bunyi kahak di tekak dan sukar mengeluarkan suara kerana kahak tersebut. boleh beri penerangan? ataupun ubat tersebut tidak sesuai diberikan kepada bayi bawah 6 tahun?

Dr Ramzdhan 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak dalam kalangan bayi bawah umur satu tahun boleh disebabkan:

  • Radang tekak atau tonsil - akibat jangkitan kuman
  • Jangkitan dalam saluran udara atau paru-paru
  • Batuk kokol
  • Penyakit jantung

Penggunaan ubat Beatolin Elixir adalah untuk mengurangkan simptom atau gejala saluran udara sempit dan ia tidak akan melawan jangkitan kuman mahupun keradangan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Aug 14 2019 02:06:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Breast kanan anak berumur 11 tahun timbul sebelah Hi doc…saya nak tanya berkaitan breast kanan anak saya yang berumur 11 tahun timbul dan besar sebelah…bagaimanapun tiada tanda2 bernanah/berair.Adakah itu tanda2 akil baligh? Baca lagi...
19 hari
Sulit
Anak meragam dan melakukan perkara berulang Anak perempuan saya berumur 12 tahun.dia cepat runsing dgn adik lelakinya berumur 6 tahun dan akna mengelak daripada bertemu dengan adiknya.jika berselisih,dia akan cepat2 membasuh tangannya at… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Baby buang air besar kerap Hi doctor, Baby saya umur 4 bulan kerap buang air besar pada hari ini. Mula berlaku pada hari ini. Dia mula buang air besar pada jam 2.30am pagi tadi sehingga jam 5.00pm ptg ni sudah 4 kali. Ad… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Demam 3 hari dan ada biji belakang telinga Anak sy umur setahun demam panas lebih 3 hari. Suhu 38 - 39.1c. Ada cirit birit.Wlupun selepas ambil supp, paracetemol, jerlum dgn air, suhu dia turun sedikit dan kemudian naik semula. Sudah bua… Baca lagi...
11 hari
nuramalina2509
Bayi terminum air mandian Hi doctors, petang tadi saya mandikan bayi saya yg berumur 1 bulan. Secara tak sengaja air masuk ke dalam mulut bayi semasa saya membasuh muka dia & dia terminum air mandian tersebut. Adakah bahaya? H… Baca lagi...
20 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi