fyruzolaalo
4 tahun
Batuk berkahak dan ada kotoran hitam
Saya lelaki berusia 23 tahun. Saya mengalami batuk selama 5 hari dan batuk saya ada kekotoran berwarna hitam. Kahak saya semakin jernih hari ke hari namun kotoran hitam itu masih melekat pada kahak saya. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan di hospital dengan segera ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Darah- akibat daripada batuk yang berterusan menyebabkan trauma
- Udara yang tercemar
- Kanser paru-paru
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.