
wennie9829
5 tahun
Batuk berkahak pada budak 22 bulan
Anak saya 22 bulan, batuk berkahak tapi waktu tidur hanya 4-5 kali batuk. Sudah jumpa paeds dia prescrip ubat batuk salbutamol, cair kahak, antibiotic dan ubat demam.
Utk pengetahuan, dia pernah admit april 27th sebab pneumonia dan dengue fever.
Anak saya nampak mcm mengantuk. Boleh saya tahu ubat yang diberikan akan menyebabkan dia mengantuk?
Perlukah saya bawa dia nebuliser lagi esok dan buat xray?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi soalan puan yang pertama, salbutamol jika diberi dalam dos yang tinggi akan menyebabkan sukar tidur/insomnia. Namun, bagi kes anak puan, saya tidak tahu berapa dos yang diberikan oleh doktor paeds tersebut. Tetapi saya yakin beliau telah memberikan ubat yang betul dan seperti mana yang disyorkan.
Untuk pertanyaan seterusnya, jika puan lihat keadaan anak puan masih sama dan makin teruk, maka saya nasihatkan puan untuk membawa dia ke hospital sekali lagi untuk pemeriksaan secara menyeluruh.
JIka puan masih mempunyai keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.